Friday 25 March 2016

 PENUTUP
Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama , setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan  Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila . Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .

Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah asing tetepi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya . Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka . Selain itu , Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untuk mempertahankan Tanah Melayu ini .    


Tambahan pula, hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment