1.3.2 Filipina
Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan
Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah. Mereka juga sebenarnya
pernah menuntut Sabah dari pada Kerajaan British dengan menghantar sepucuk
surat rasmi pada 22 Jun 1962. Tuntutan ini dibuat kerana mereka mendakwa
bahawa Sabah terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu suatu ketika
dulu. Bagaimanapun, kerajaan British tidak melayan tuntutan ini dan malah
mengingatkan Filipina bahawa sebarang tuntutan mereka ke atas Sabah
sama ada daripada kerajaan Filipina atau orang perseorangan akan ditentang oleh
kerajaan British.
Presiden Macapagal telah membuat kecaman
secara terbuka terhadap penubuhan ini semasa kongres Filipina pada 28 Januari
1963. Fenomena ini menyebabkan hubungan diplomatik anatara Persekutuan
Tanah Melayu dengan Filipina terjejas. Walaupun Filipina meneruskan
tuntutan mereka selepas penubuhan Malaysia, tuntutan ini gagal keran tinjauan
dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela untuk menyertai pembentukan
Malaysia.
Presiden Macapagal
No comments:
Post a Comment