Friday 25 March 2016

PENGISYTIHARAN MALAYSIA.
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua –dua negara dengan Tanah Melayu. Rundingan ini diadakan pada :
· Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di Tokyo.      · Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.
Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.
Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga – tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Antara isi laporannya ialah :
·  Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia.
·  Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.

Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan. Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya. 
 

No comments:

Post a Comment