2. Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord
Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir
Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie
Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya
ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.
Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu,
2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan
disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun
1962.
Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak:
a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan
syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan
awam secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan
bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan
Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat
keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962,
Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan
ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment